NOTIS PRIVASI

Tuan/Puan,

Selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai “Akta 709”) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial, kami memberi anda notis seperti berikut (untuk tujuan notis bertulis ini, terma “data peribadi” dan “pemprosesan” hendaklah mempunyai maksud yang ditetapkan di dalam Akta 709):

  1. Data peribadi anda yang sedang diproses oleh atau bagi pihak MARA dan data peribadi anda telah atau boleh dikumpulkan pada masa depan, daripada maklumat yang anda telah beri kepada kami dalam apa-apa borang dan manamana dokumentasi MARA yang lain. Data peribadi anda juga mungkin kami perolehi dari sumber-sumber lain termasuklah daripada mana-mana pihak seperti badan kawal selia, mana-mana agensi kredit, majikan anda, penjamin atau pembekal cagaran anda dan sumber lain di mana mereka mempunyai akses.
  2. Data peribadi yang diproses oleh kami termasuklah nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, gambar, imej, perkongsian, testimoni dan maklumat lain. Kami ingin menegaskan bahawa apa-apa kegagalan untuk menyediakan data peribadi atau penarikan balik kebenaran anda untuk memberi dan untuk kami memproses data peribadi anda pada kemudiannya boleh mengakibatkan kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah.
  3. Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian untuk mana-mana tujuan (“Tujuan”) seperti yang berikut: a. menurut sebarang aktiviti berkaitan dengan MARA dalam menjalankan fungsinya; b. untuk memberikan kepada anda bahan atau maklumat pemasaran atau apa-apa promosi; c. apa-apa tujuan lain, secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan tujuan di atas dan aktiviti- aktiviti MARA.
  4. Maklumat peribadi anda mungkin dizahirkan kepada orang awam, syarikat induk kami, syarikat subsidiari, syarikat berkaitan dan/atau bersekutu, pemegang lesen, rakan kongsi perniagaan, pengedar dan/atau pembekal perkhidmatan, agen dan penasihat teknikal termasuk tetapi tidak terhad kepada peguambela dan peguamcara untuk apa-apa Tujuan. Seterusnya, data peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke lokasi-lokasi di luar Malaysia. Kami sentiasa mengambil langkah-langkah yang munasabah dan perlu untuk memastikan bahawa data peribadi anda berada dalam keadaan yang selamat dan digunakan selaras dengan Notis Privasi ini.
  5. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Anda boleh mengakses dan memohon untuk membetulkan data peribadi anda, mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau menghubungi kami untuk apa-apa pertanyaan berkaitan dengan data peribadi anda.
  6. Apabila anda memberikan data peribadi anda atau maklumat mengenai orang lain kepada kami, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka, untuk bersetuju bagi memproses data peribadi mereka dan untuk menerima notis perlindungan data bagi pihak mereka.
  7. Kami berhak untuk mengubah atau mengemaskini Notis Privasi ini untuk menyelaraskan apa-apa perubahan terhadap amalan privasi kami. Kami akan 3 memaparkan apa-apa pindaan tersebut dalam notis di laman sesawang kami atau melalui apa-apa cara lain yang sesuai. Kami percaya bahawa anda bersetuju dengan terma di atas dan membenarkan kami memproses maklumat peribadi anda.

Keusahawanan & Pendidikan Global